My European News
SEE OTHER BRANDS

The top news stories from Europe

Axi Sertai iFX Expo Asia 2025, Memperkenalkan Produk dan Perkhidmatannya

SYDNEY, Oct. 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Axi, peneraju kewangan dalam perdagangan CFD dan FX dalam talian, telah menyertai iFX Expo Asia 2025 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Asia. Acara ini menghimpunkan para profesional terkemuka dalam bidang teknologi kewangan (fintech), perdagangan dan perkhidmatan kewangan dari seluruh dunia.

Para hadirin acara berpeluang menerokai jenama Axi bersama produk dan inovasi terkininya, mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerjasama jangka panjang broker tersebut dengan Juara Liga Perdana Inggeris, Man City, selain berpeluang memenangi hadiah menarik dan merakam foto eksklusif bersama memorabilia Liga Perdana Man City dan maskot kelab yang dibawa khas untuk acara ini.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur acara kerana menyediakan pengalaman persidangan yang lancar dan kerana mengiktiraf kami dengan anugerah berprestij ‘Pengalaman Perdagangan Terbaik’*, serta kepada semua yang mengunjungi reruai kami untuk berhubung dengan pasukan kami,” kata Hannah Hill, Ketua Jenama dan Penajaan di Axi. “Komitmen kami sentiasa jelas: untuk memperkasakan pelanggan dengan alat dan sokongan yang membolehkan mereka menikmati pengalaman perdagangan terbaik secara menyeluruh. Kami amat teruja untuk mempersembahkan syarat perdagangan terkemuka Axi dan menunjukkan cara kami membantu pelanggan merebut setiap peluang demi kelebihan mereka.”

Pada tahun 2023, broker tersebut telah diiktiraf dengan anugerah ‘Broker Paling Dipercayai – Asia’* di Global Forex Awards – satu pencapaian yang, seperti yang dinyatakan oleh Hill, “mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap integriti dan ketelusan dalam dunia perdagangan.”

Perihal Axi

Axi merupakan sebuah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau komen tambahan daripada Axi, sila hubungi: mediaenquiries@axi.com

Dipromosikan oleh AxiTrader LLC. Derivatif OTC membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Tidak bertujuan untuk dijadikan nasihat pelaburan.⁠

*Diberikan kepada Axi Group of Companies.


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions